6 Tips Mengajar Anak Membaca

6 Tips Mengajar Anak Membaca

Assalamualaikum semua..

 

Saya pasti ramai ibu bapa yang risau jika anak yang berusia 5-6 tahun belum tahu membaca.
Saya sendiri mempunyai kerunsingan yg sama. Berikut tips untuk mengajar anak membaca yg saya peroleh dari laman web www.wom.my:

 

  1. Mulakan dengan abjad kecil

Kalau anda mahu mengajar anak anda, mulakan dengan abjad kecil dalam pembacaan dan cara penulisan kerana ia lebih mudah. Sebagai contoh ajar ‘a’ dulu sebelum ‘A’. Anak anda perlu menguasai peringkat bentuk mudah sebelum bentuk yang lebih susah. Bila bentuk yang sama asyik diulang,maka ia akan menajamkan dan mengekalkan daya ingatan anak anda.

 

  1. Mulakan dengan hurul vokal dahulu

Huruf vokal mempunyai bunyi yang lebih menarik dan boleh dibuat secara kreatif. Terdapat banyak cara sebenarnya namun cara yang paling popular adalah menyanyikan huruf vokal tu. Anda sebagai ibunya haruslah ‘sporting’ dengan cara menyanyi bersama-sama anak anda. Secara tidak langsung anak anda akan berasa seronok dan mudah untuk mengikuti.

 

  1. Gunakan huruf berwarna

Huruf berwarna akan merangsang pemikiran mereka supaya lebih tajam dan mudah mengingati sesuatu. Bezakan setiap huruf yang diajar dengan warna yang berlainan. Contohnya ‘a’ warna merah, ‘e’ warna biru dan ‘o’ warna kuning. Teknik ini amat berkesan kerana anak merasa seronok untuk melihat perkara yang berwarna-warni. Bahan grafik yang berwarna dapat membantu menarik minat anak kecil.

 

  1. Ulang bacaan

Banyakkan ulangan bila mula mengajar anak membaca, kerana anak kecil sukar untuk mengingati sesuatu yang baru dengan cepat, malah mereka juga cepat lupa. Jadi ulangan amat penting untuk memberi kesan yang lebih baik kepada ingatan kanak-kanak. Anda sebagai ibu bapa haruslah jangan mudah berputus asa dan jemu untuk mengajar anak anda.

 

  1. Gunakan kaedah nyanyian

Anda bolehlah memuat turun lagu-lagu di dalam Internet yang berkaitan dengan ejaan dan bacaan kemudiannya menyanyi bersama anak anda. Ini kerana daya tarikan dalam nyanyian akan menarik minat anak kecil. Malahan ramai budak yang tidak kenal huruf lagi boleh menyanyi lagu yang mereka minat melalui kaedah hafalan. Jadikan senjata ini untuk anda menarik minat mereka.

 

  1. Tampal abjad ABC di dinding bilik tidur

Terdapat banyak produk yang dijual di kedai buku yang mengandungi senarai A-B-C beserta gambar yang boleh anda beli kemudiannya tampal di bilik tidur anak anda. Setiap hari,anak anda akan nampak dan secara tidak sedar mereka akan hafal abjad tersebut. Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama dengan menampalkan tulisan Jawi.

 

Semoga bermanfaat.

 

Komen Anda Disini