IMG_2477

IMG_2479

IMG_2475

ASAL USUL SAYA

 

Seorang isteri kepada Saifunnasr Zulkifli.. seorang ummi kepada 2 cahaya mata bernama Aisya Khairina (6 tahun) & Afiya Humaira (4 tahun).. anak ke2 kepada pasangan bahagia Ramli & Siti Zubaidah.. dilahirkan di Negeri Cik Siti Wan Kembang.. dibesarkan di negeri Terengganu Darul Iman & Pahang Darul Makmur.. bersekolah rendah di SK Rusila, Marang, Terengganu & Methodist Girls School, Raub, Pahang.. pernah bersekolah menengah di SMK(A) Naim Lilbanat, Kota Bharu, SMK Tengku Kudin, Raub, Pahang, SMK Kubang Kerian 1, Kelantan & MRSM Kuala Terengganu, Terengganu..

Melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Pahang & kemudiannya ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Petaling Jaya. Meneruskan pengajian sarjana muda di dalam bidang Sains Biomedikal di UIAM Kampus Kuantan sebelum bertugas sebagai pensyarah diploma di 2 kolej swasta di Kelantan. Meletakkan jawatan sebagai pensyarah selepas mendirikan rumah tangga. Mula bertugas sebagai eksekutif latihan di sebuah badan bukan kerajaan pada awal 2014 sehingga kini.

Melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di dalam bidang Alam Sekitar di Universiti Putra Malaysia (UPM) disamping terus bekerja secara sepenuh masa. Berjaya menamatkan pelajaran di peringkat sarjana di dalam 3 semester. Kini sedang memulakan langkah baru sebagai usahawan.