Set Penyusuan Shaklee (Breastfeeding Set)

label-for-shaklee-1000-x-200

Assalamualaikum kepada semua pembaca…

Ramai ibu yang mendambakan untuk memberi anak mereka dengan susu ibu sehingga si anak berusia 2 tahun. Saya sendiri pun begitu. Ketika sedang mengandungkan anak pertama, saya telah menyiapkan diri dengan ilmu2 penyusuan dengan tekad dapat menyusukan anak sepenuhnya untuk 2 tahun. Ramai ibu yang dah mempunyai kesedaran tentang kebaikan susu ibu samada kepada anak dan diri ibu itu sendiri.Tetapi ni zaman ramai ibu yang bekerjaya. Rutin harian yang sibuk dan penuh dengan tekanan mengakibatkan susu badan berkurang atau mengering. Kerana itu ibu-ibu sangat memerlukan supplemen untuk membanyakkan susu badan. Saya sendiri pernah mengalami perasaan tertekan gara2 susu badan yang terlalu sedikit. Itulah yang mula2 menemukan saya dengan Set Penyusuan Shaklee.

Sebelum mengambil sesuatu supplemen untuk tujuan penyusuan,ibu-ibu harus faham bahawa vitamin bukanlah cara untuk membanyakkan susu ibu.Jangan fikir bila ambil je supplemen,susu akan keluar meriah macam air paip.Supplemen yang anda ambil TIADA kuasa magik yang boleh memeriahkan susu badan sekelip mata.Ini kerana susu ibu sangat berkait rapat dengan dengan demand & supply (Lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan) Fungsi supplemen yang sebenar ialah untuk memastikan tubuh badan ibu sentiasa sihat,bertenaga,ceria dan terus bersemangat. Jadi SECARA TAK LANGSUNG anda mampu membekalkan susu ibu kepada bayi anda.

Set penyusuan susu badan dari Shaklee ni lebih kepada untuk kesihatan ibu dalam memastikan ibu sentiasa bertenaga dan emosi pun stabil. Oleh sebab itu, untuk ibu yang bekerjaya sangat disyorkan untuk mengambil set menyusu ni.

Berikut saya senaraikan set menyusu yang ada mengikut kesesuaian anda.

  • Set Menyusu (Basic) = ESP + Alfalfa

set menyusu basic

Sesuai untuk mereka yang tak suka nak telan banyak supplemen dan mempunyai bajet yang rendah

  • Set Menyusu (Premium) = Vitalea + B-Complex + Vitamin C + Alfalfa + Ostematrix + ESP + Omega Guard

set menyusu premium

Wow!!Banyak tul kandungan dalam set menyusu premium ni. Memang banyak tetapi demi hasil yang maksimum set nilah yang terbaik.Mesti ada yang fikir,kalau dah banyak macamni haruslah juga harga nya mahal.Saya akui memang untuk mendapatkan complete set ni memang banyak juga duit yang perlu dilaburkan. Tetapi set ini boleh tahan sehingga 4-6 bulan kecuali Ostematrix (tahan sebulan) dan ESP (tahan 1-2 bulan).

  • Set Menyusu Plus Slim = Set Menyusu Basic @ Set Menyusu Premium + Lecithin

set menyusu plus slim

Set Menyusu Plus Slim ni sesuai bagi ibu yang menyusukan anak dan mahu kurus.
Anda boleh pilih antara dua set di atas dan tambah Lecithin.

Keberkesanan set menyusu dari Shaklee ni memang diakui  ramai. Tak hairanlah ramai ibu-ibu yang memilih set menyusu Shaklee ni bagi membantu mereka dalam usaha untuk menyusui anak mereka. Tak cuba memang tak tahu. Dah cuba mesti jatuh cinta.

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..

label-for-shaklee-1000-x-200

Komen Anda Disini