Saya & Najlaa

Saya & Najlaa

Jam hampir pukul 4 pagi.. suasana sangat sunyi.. sesekali terdengar rengekan Afiya dalam tidur.. walaupun dah hampir memasuki umur 4 thn, sesekali dia masih terjaga malam, mencari air.. so botol air memang perlu sentiasa di sisi..

Bila diminta bercerita kisah ummi & Najlaa, agak susah untuk ummi.. ummi tiada pengalaman yang betul2 boleh buat orang menitiskan air mata.. ummi tiada episod membawa anak sakit ke hospital kerana pelbagai penyakit.. membaca kisah2 pengguna Najlaa, ummi kagum.. mereka diuji dengan dugaan yang berat sebelum bertemu Najlaa.. mereka jadi begitu menghargai hadirnya Najlaa di dalam hidup mereka.. sesungguhnya ummi kalah.. kalah dengan perjuangan mereka.. kalah dengan kecekalan mereka..
Jika dulu ummi merasakan begitu teruji dengan kehadiran permata hati ummi, ujian ummi begitu kecil dibandingkan dengan apa yang dialami ibu2 Najlaa yang lain.. dalam hati ummi bersyukur.. mendengar kisah mereka.. mendengar keluh kesah mereka sebelum bertemu Najlaa, membuatkan hati ummi terjentik.. sesungguhnya aku patut lebih bersyukur..
Ummi hanya mengenali Najlaa ketika Afiya sudah berumur lebih 2 thn.. Aisya juga sudah lebih 4 thn ketika itu.. mereka sudah melepasi fasa kritikal tumbesaran mereka.. mereka kini lebih kuat..
lebih aktif.. lebih banyak berbicara.. walaupun mereka tidak lagi ‘fragile’ seperti waktu masih bayi dulu, mereka juga tidak lepas daripada penyakit-penyakit biasa yang menyerang kanak-kanak.. selalu juga selsema & batuk, muntah, demam, kembung perut, luka-luka.. Afiya sendiri begitu sensitive kepada ubat gigi.. pantang terlebih sedikit, dia pasti muntah-muntah..

Menjadi satu kemestian untuk ummi menyediakan ubat-ubatan untuk kecemasan.. dahulu, minyak telon pelbagai jenama & v**ks sentiasa ada di rumah.. habis, beli.. habis, beli lagi.. Justeru, bila mula mengenali Najlaa lebih setahun yang lalu, ummi mulakan dengan Baby Balm & Herbal Oil.. bagi ummi harganya sangat berpatutan untuk produk organik, bebas kimia, berasaskan herba.. pengasasnya sendiri sahabat ummi & abi di UIA.. kerana kepercayaan, kami mencuba.. sejak itu, duo Najlaa tersebut sentiasa ada bersama kami.. ini kisah permulaan kami & Najlaa..
Bagaimana ummi tergerak untuk bersama team Najlaa???
To be continued..

Komen Anda Disini

Leave a Reply