Kenapa Vivix baik untuk anda???

posted in: Shaklee, Vivix | 0

Hari ni hari vivix saya.. so saya nak share maklumat yang saya dapat dengan pembaca semua..

Vivix ni produk premium shaklee. Ia gabungan 4 tumbuhan dan buah-buahan iaitu muscadine grapes, polygonum cuspidatum, purple carrot & European Elderberry.

Yang menyebabkan ia bagus untuk kesihatan ialah kandungan resveratrol dan polyphenol di dalamnya. Apa bestnye resveratrol & polyphenol ni? Nanti kite crite kt bawah ye.

Resveratrol dalam vivix 98% asli. Jarang tau company nak claim mereka guna berapa percent sebab selalunya bancuh dengan air dan bahan lain untuk cairkan, dan jual dgn harga murah. Siap tambah gula lagi, bagi sedap. Kalau tengok dan rasa vivix, memang pekat, concentrated, dan tak manis.

Untuk vivix ni sahaja, shaklee patent kan 3 benda:

1. Cara extraction guna “cold-filling” (tidak menggunakan suhu panas untuk menjaga nutrien didalamnya)

2. Ramuan polyphenol (untuk menghalang ketumbuhan/kanser)

3. Tiada pengawet, keaslian, campuran cecair stabil

KELEBIHAN VIVIX

Secara umum, resveratrol sangat sesuai digunakan untuk elak sakit jantung, menghalang kanser, menghalang radang, menurunkan bacaan gula untuk diabetes, mengurangkan obesiti, dan ada potensi untuk panjangkan umur (1,2,3,4).

Kalau rajin, boleh baca kajian shaklee dan telomere (4). Telomere pengguna shaklee lebih panjang 11.2% berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan sebarang supplement. Sebab tu kalau tengok motto vivix ni 25 years younger, and live 25 % years longer. Kajian je tu, umur rahsia Allah SWT. Hihi.

Ada juga kajian melibatkan resveratrol, dan menyatakan ia digunakan secara tradisional untuk mengurangkan kesakitan (5,6). Ada SID shaklee alah dengan ubatan hospital, selepas bersalin, habis satu badan bengkak, beliau guna produk shaklee yang lain untuk luka tapi kesannya lambat dan beliau sangat sakit kerana bersalin ceaser, akhirnya berikhtiar dengan menggunakan vivix. Selepas 3 hari luka semakin baik, dan mengurangkan sakit. Fiya Safiyya juga guna vivix untuk luka ceaser, boleh baca pengalaman dia menggunakan vivix sebagai alternatif untuk tahan sakit selepas bersalin di FBnya. Lepas guna vivix untuk berpantang, Fiya terus jadi ahli. Dah dapat pendapatan lebih dari Shaklee pun sekarang.

Ada juga kajian menyatakan ia boleh mencegah gout dan sakit sendi(7,8).

FAKTA SAINTIFIK

Bagaimana ia mengurangkan risiko sakit jantung? Sebab ia mengurangkan cholestrol jahat (LDL) dan sedikit mencairkan darah, jadi tiada pembentukan darah beku.

Bagaimana ia mengurangkan inflammasi? Ia akan menghalang cyclooxygenase-1 dan cyclooxegenase-2. Ia adalah enzim yang menyebabkan inflammasi.

Bagaimana ia menghalang cancer? Ia mempunyai polyphenol untuk menghalang pembentukan tumor.

Bagaimana elakkan Diabetes?Resvetratrol menghalang kerintangan insulin. Insulin diperlukan untuk tukarkan segala yang kita makan kepada tenaga.

Bagaimana ia menguruskan badan? Resveratrol akan aktifkan gene SIRT1. Gene tersebut akan menghalang obesiti. Selain daripada itu, ia akan merangsang adinopectin, hormon yang bersifat anti-obesity dan menghalang kerintangan insulin juga. Insulin mengawal gula dalm badan, gula berlebihan akan merangsang enzim lipoprotein lipase, dan akhirnya menyebabkan pengumpulan lemak di tisu.

Bagaimana mengurangkan gout dan sakit sendi? Resveratrol akan mengaktifkan SIRT1 (berfungsi sebagai anti-radang) dan menghalang proses acetylation RelA/p65. Ia juga akan melindungi tulang rawan (cartilage), jadi ia dapat mengelakkan daripada sakit sendi/ lutut.

Bagaimana boleh kurangkan kesakitan? Interleukin-6(IL-6) adalah pengawal atur untuk rasa sakit dalam badan. Resveratrol akan menghalang IL-6 untuk menghantar signal ke extracellular signal-regulated kinases (ERK) di dalam saraf, di mana ia akan block rasa sakit.

Sumber:
1.Udenigwe et al. 2008. Potential of resveratrol in anticancer and anti-inflammatory therapy.Nutrition Reviews: Volume 66, Issue 8
2. Smoliga et al. 2011. Resveratrol and health – A comprehensive review of human clinical trials.Molecular Nutrition Food Research: Volume 55, Issue 8
3. Fu and Wang. 2012. Cellular and molecular effects of resveratrol in health and disease.Journal of Cellular Biochemistry:Volume 113, Issue 3
4 .Harley CB, et al. Cross-sectional analysis of telomere length in people 33–80 years of age: effects of dietary supplementation. JACN. 55th Annual Conference. 2014 Oct; 33(5): 414.
5. Maroon et al. 2010. Natural anti-inflammatory agents for pain relief.Surg Neurol Int. 2010; 1: 80.
6. Hayek, S.2013. Reveratrol (Analgesia from wine to spine). Regional Anesthesia & Pain Medicine: Volume 38 – Issue 2
7.Kong et al.2000.Inhibition of xanthine oxidase by some Chinese medicinal plants used to treat gout.Journal of Ethnopharmacology. Volume 73, Issues 1–2, November 2000, Pages 199–207
8.Chen et al.2016. The effect of resveratrol on the recurrent attacks of gouty arthritis.Clinical Rheumatology. Volume 35, Issue 5, pp 1189–1195

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

slider-shaklee

 

Komen Anda Disini