ATOPIC DERMATITIS

posted in: Ekzema | 0
Anak anda punyi penyakit keradangan kulit yang simtomnya seumpama ini,

 

Anak anda merasa gatal-gatal,  kulitnya menjadi kering, kulit bersisik, kemerahan, ruam, keluar cecair yg bersifat acrid (gatal, panas & menyakitkan).

Cuba lihat betul-betul…

 

Anda mungkin telah berusaha menggunakan berbagai krim sapuan namun ia sembuh dan kemudiannya timbul kembali,

PENYAKIT KULIT YANG KRONIK INI DIKENALI SEBAGAI ‘ATOPIC DERMATITIS’ ATAU EKZEMA

 

Anda perlu tahu sifat penyakit kulit seperti ini terlebih dahulu iaitu, penyakit kulit, adalah penyakit yang senantiasa datang dan pergi. Ianya tidak akan dapat dihilangkan secara sepenuhnya tetapi boleh dikawal seperti penyakit-penyakit kronik yang lain. Ini adalah kerana punca utama penyakit tersebut adalah lebih kepada hubungkait antara faktor dalaman dan luaran, bukannya jangkitan kuman semata-mata yang boleh dihilangkan dengan rawatan antibiotik.

 

Faktor-faktor berikut perlu dikenalpasti dan diberi perhatian oleh ibu-bapa yang mempunyai anak-anak kecil yang menghidapi penyakit kulit yang kronik

 

  1. Jangkitan - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk.

 

  1. Suhu- Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

 

  1. Allergen-allergen lain - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.

 

Rawatan TERPENTING ekzema adalah bermula dengan penerangan dan pemberian maklumat yang tepat kepada ibu bapa dan pesakit. Mereka perlulah memahami bahawa penyakit ekzema ini adalah bersifat kronik, iaitu tidak dapat dibasmi secara menyeluruh tetapi boleh dikawal agar keadaan yang teruk dapat dikurangkan. Mereka perlu bersedia menghadapi penyakit ini untuk jangka masa yang LAMA.

Biarpun ada di antara pesakit yang sembuh daripada penyakit ini ketika meningkat dewasa, namun ianya bukanlah sesuatu yang pasti dan lebih bergantung kepada individu. Justeru, para ibu bapa perlulah diberi penekanan untuk memberi sapuan ubat secara berterusan dan tidak sesekali putus asa.

Sikap “doctor shopping” atau mengambil ubat-ubatan yang pelbagai hanya akan melambatkan kesan penyembuhan dan merugikan masa serta wang. Keadaan akan bertambah buruk jika kesan sampingan dari ubat-ubatan yang pelbagai pula muncul.

Penerangan penting yang lain termasuklah mengenalpasti punca keadaan kulit semakin teruk dan mengelakkan diri daripada terdedah kepada bahan-bahan alahan tersebut. Elakkan memakai pakaian yang tebal dan pilihlah pakaian yang diperbuat daripada kain kapas. Penggunaan penghawa dingin ketika malam juga adalah digalakkan untuk mengekalkan suhu yang selesa ketika tidur dan dapat mengelakkan peluh.

Selain daripada itu, penjagaan kulit yang rapi perlulah dititikberatkan. Ini termasuklah sentiasa membiarkan kulit dalam keadaan lembap dan mengamalkan tabiat mandi dengan kerap. Elakkan daripada membiarkan kulit terdedah dalam keadaan panas terik untuk tempoh masa yang lama. Penggunaan krim pelembap amat membantu. Ianya boleh dijadikan sabun ketika mandi, disapu ketika rehat,ketika mempunyai masa terluang ataupun ketika dirasa kulit agak kering. Elakkan daripada memakai pelbagai jenis sabun di pasaran selain krim pelembap yang telah disarankan oleh doktor ataupun setelah mendapatkan pengesahan dari doktor berkenaan sabun yang ingin digunakan.

Komen Anda Disini